Assalamualaikum wbt
kita merupakan insan yang lemah yakni kita sering kali terlupa akan sesuatu perkara..di sini ana ingin kongsi beberapa tips yang boleh membantu kita untuk mengatasi serta mengurangkan risiko daripada daya ingatan yang lemah..
Pertama: Amalkan Tidur yang Cukup
1/3 hidup kita seharusnya dihabiskan dengan tidur. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru serta mengganggu maklumat yang disimpan oleh otak . Oleh itu, amalkan tidur yg cukup pada waktu malam kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Kedua: Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa tidak tenteram dan tertekan sehingga menyebabkan kesihatan terganggu. Anda akan cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dan tidak dapat berfikir dengan . Oleh itu, dengan melakukan meditasi, membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya mampu mengawal tekanan
Ketiga: Bersenam
Bersenam dapat melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.
Keempat: Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup sentiasa berada dalam kekecewaan. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan . untuk menyelesaikan masalah ini, haruslah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.
Kelima: Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
Mari kita sama2 praktikalkan tips agar dapat mengurangkan masalah lemah daya ingatan..InsyaALLAH
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment