Thursday, January 1, 2009

PALESTIN BERGOLAK LAGI

Baru-baru ini masyarakat dunia digemparkan dengan isu kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza. Sambutan Maal Hijrah di sana disambut dengan pertumpahan darah. Dianggarkan 390 orang telah dibunuh dengan kejam dan 1900 orang cedera. Bantuan ekonomi disekat dan masjid-masjid, universiti-universiti dan hospital-hospital diserang tanpa rasa belas kasihan. Pihak berkuasa Mesir pula tidak membenarkan rakyat Palestin yang ingin berlindung untuk melepasi sempadan Mesir. Hari demi hari, rakyat Palestin makin menderita..

Atas kesedaran ini, beberapa badan pelajar telah mengadakan satu pertemuan bersama di Tingkat Atas Kafe V2 pada 1 Januari 2009 baru-baru ini. Pertemuan ini dibuat sebagai tanda kesedaran dan untuk membincangkan apakah usaha-usaha yang boleh dibuat oleh pihak mahasiswa terhadap isu hangat ini. Antara badan yang terlibat ialah Majlis Perwakilan Pelajar, Rakan Masjid, Unit Sokongan Kolej Kediaman, Kelab Media dan Teknologi, Kelab Pelajar Antarabangsa (ISC), Kelab Kebudayaan Antarabangsa (ICC), Sahabat Pusat Sumber Maklumat (FIRC) dan Seketriat Rakan Muda. Program-program mega seperti Kempen ‘Heart For Islam’, Minggu Mesra Kampus, 'Technology and Education Career' dan Titian Budi turut terlibat dalam menjayakan usahasama ini.

Mesyuarat ini dimulakan dengan penerangan mengenai isu semasa yang berlaku. Kemudian disusuli dengan perbentangan agenda mengenai apa usaha-usaha yang setiap persatuan mampu lakukan sebagai tanda kesedaran terhadap isu yang berlaku ini. Antaranya usaha-usaha tersebut adalah kutipan dana, aktiviti pada hari Jumaat yakni khutbah Jumaat, penyebaran ‘flyers’ dan CD, ucapan terbuka, dan penyeragaman pakaian dan akhirnya penyebaran email. Tugasan-tugasan tersebut telah dibahagi dengan baiknya kepada semua pihak yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Di dalam mesyuarat tersebut juga, semua ahli telah member kata putus untuk menyumbang RM10 setiap seorang dan Alhamdulillah, kutipan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM110. Wang tersebut akan digunakan sebagai perbelanjaan kepada gerak kerja yang ringkas ini.

Kutipan derma akan dibuat secara dua peringkat iaitu untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Untuk jangka masa pendek, tarikh tutup kutipan adalah pada 2 Januari 2009. Untuk jangka masa panjang, masa kutipan masih lagi di dalam perbincangan. Setakat artikel ini ditulis, Rakan Masjid telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah RM1000 dan Unit Pelajar Kolej Kediaman pula mengeluarkan sejumlah RM700.

Diharapkan dengan usaha yang sedikit ini mampu meringankan bebanan saudara seIslam kita di sana. InsyaAllah. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana..


Muhammad Za'im Kamarrulzaman
Timbalan Presiden,
Rakan Masjid Sesi 08/09,
Universiti Teknologi PETRONAS

No comments: