Thursday, February 5, 2009

MAJLIS PERASMIAN DAN FORUM KEMPEN HEART FOR ISLAM 2009

Pada 3 Februari lepas, pihak komiti Kempen 'Heart For Islam' 2009 telah mengadakan Majlis Perasmian dan Forum di Dewan Cancelor, bermula jam 9.45 malam. Majlis ini merupakan perasmian kepada Kempen Heart For Islam yang akan berlangsung sehingga bulan 3 nanti.

Pada malam tersebut, sebuah forum telah diadakan yang mana tajuk yang cuba dibawakan adalah 'Peranan Mahasiswa dalam Menjana Pembangunan Ummah'. Panel khas yang telah dijemput hadir adalah saudara Ann Wan Seng, Tokoh Maal Hijrah Selangor 2009 dan Ustaz Muhammad Pisol Mat Isa, Pensyarah UTP, pengkhususan dalam bidang Pemikiran Islam. Dianggarkan seramai 1000 orang memenuhi Dewan Cancelor bagi sama-sama memeriahkan majlis perasmian dan forum ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat quran yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Zulhaziman bin Mat Salleh, pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia, tahun 3 semester 1. Beliau juga merupakan pemenang tempat ke 5 Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Asia pada tahun lepas dan juga pemenang tempat ke 3 Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang berlangsung di USM pada tahun lepas. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Saudara Mohd Hafizi Zakaria, selaku pengarah projek Kempen H4I kali ini.

Majlis sampai ke kemuncaknya apabila Rektor UTP memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis ini. Cukup menarik gimik yang telah dibuat oleh pihak komiti sampaikan ianya mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin yang berada di dalam dewan. Kemudian, tayangan montaj yang amat mengagumkan turut disajikan, sebagai pembuka idea kepada para penonton mengenai apa yang cuba dibawa oleh komiti kali ini.

Turut hadir ke majlis ini adalah Ustaz Shahruzzaman, Pengerusi Aman Palestin beserta wakil dari pihak penaja utama H4I kali ini, iaitu HPA.

Pada jam 10.30 malam, acara forum dimulakan yang mana ianya dipengerusikan oleh Ustaz Rahmat bin Abu Seman sendiri, Eksekutif Kanan Unit Pentadbiran Masjid UTP. Pengisian dan pengulasan mengenai tajuk tersebut cukup jelas dan terang dan mudah difahami. Rata-rata penonton amat berpuas hati dengan forum tersebut.

Majlis akhirnya bersurai kira-kira jam 12.00 malam. Para hadirin berpusu-pusu untuk mendapatkan buku yang dijual oleh ahli panel sendiri di luar dewan. Sambutan jualan cukup memberangsangkan. Alhamdulillah.

Akhir kalam, semoga majlis ini merupakan 'Kick off' kepada perjuangan meneruskan dakwah melalui kempen ini. InsyaAllah. Tahniah kepada semua komiti H4I!


Muhammad Za'im Kamarrulzaman,
Timbalan Presiden,
Rakan Masjid UTP 2008/2009

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah diucapkan kepada Rakan Masjid UTP