Sunday, March 1, 2009

MALU VS MAHU

“Poyo betul muslimat tue. Bukan main lagi syok dia cakap kat depan” umpat seorang muslimin di belakang dewan.

“Ish. Serabut betul le tengok muslimat cakap kat depan nie. Merapu ape ntah” komen seorang lagi muslimin di hujung barisan.

“Haih. Berapi betul ana dengar muslimat nie cakap. Wah wah wah. Ikut sedap aje nak perli orang. Poyo bukan main lagi “sinis seorang muslimin melihat pimpinan muslimat memberikan tazkirah di hadapan.

Si muslimat terus bersemangat bercakap seorang diri dihadapan.

Si audience mendengar sambil lewa sambil memandang tempat lain dan ramai pula yang kelihatan berborak dan berbisik.

Soalnya. Salah siapa?

MALU VS MAHU

Bercakap di hadapan bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun bercakap itu satu lumrah. Tapi bercakap di hadapan orang ramai adalah bab yang berbaza. Dek kerana kesukaran dan kepayahan bercakap di hadapan, ramai yang memilih untuk bercakap di belakang. Terutamanya muslimat.

Muslimat memang kaya dengan sifat pemalunya. Hinggakan dalam soal menentukan jodoh, diamnya muslimat itu sendiri merupakan lidah bicara mengatakan setuju. Bahkan, menjadi kebiasaan seoarang muslimat apabila menerima pujian, dengan segera kepala ditundukkan dengan pipi kemerah-merahan sambil mulut menafikan.

“Eh, tak adelah.. mana ade saya nie pemurah” kata Hamidah tersipu-sipu malu dipuji bilamana menyumbangkan duit not merah untuk derma Palestin.

Budaya malu dan diam ini seolah-olah telah sebati dengan muslimat. Sesetengah muslimat semakin gembira dengan status pemalu ini apatah lagi merasakan kemenangan berpihak kepadanya bila mendengar sabda Nabi bahawa malu itu sebahagian dari Iman.

Budaya orang Melayu Malaysia yang sentiasa mengajar anak gadisnya untuk bersopan santun dan lari menyorok di dapur bilamana tetamu bertandang di rumah menyemarakkan lagi sifat pemalu muslimat ini. Dari rumah ke sekolah hinggalah ke zaman university dan kerjaya, sikap malu ini terus dibawa dan dijunjung tinggi.

Sifat malu ini dihayati dengan baik tanpa sebarang gangguan oleh para muslimat terutamanya yang mengintima’kan diri dalam gerakan Islam.

Tiba-tiba, sang muslimin muncul menyergah. Dengan wibawa yang tersendiri, muslimin memberikan tazkirah dengan agenda : MUSLIMAT HARUS BERANI TAMPIL KE HADAPAN!

“Insya Allah, kita mahukan muslimat yang bukan sahaja tangan kirinya menghayun buaian, bahkan tangan kanannya mengoncangkan dunia” hujah seorang pimpinan seoarang muslimin dalam satu muktamar.

“Muslimat sayap kiri perjuangan. Ibarat sayap burung, ianya bukan sahaja dikibas kebelakang bahkan perlu juga ke hadapan untuk terus maju. Muslimat perlu kehadapan” bahas seoarang muslimin dengan bersemangat alam mesyuarat yang dihadiri pimpinan muslimat.

Muslimat jadi keliru. Selama ini mereka tidak didedahkan untuk kehadapan. Mereka dididik untuk bersikap malu. Menutup mulut ketika ketawa. Pandang ke bawah bila berjalan. Malu itu telah hampir sebati. Sekarang mahu dipinta kehadapan pula.

Muslimat rasa malu. Tapi muslimin mahu.

KEPERLUAN VS KEMAHUAN

“Abang Hakim, muslimin ini pelik le. Bila kami ni malu nak bercakap di hadapan, dipaksanya juga. Tapi bila dah kami bercakap di hadapan, macam-macam pula yang dikutuknya” komen seorang ajk HAL EHWAL SISWI (HELWI).

“Akak, malas le saya nak cakap kat depan lagi. Asyik kena kutuk aje lepas tue” keluh seorang lagi muslimat yang baru lepas memberikan tazkirah.

“Eh Hakim, nta tahu tak ada seoarang muslimat yang jiwanya tertekan sebab pimpinan bagi harapan yang sangat tinggi pada dia. Lantik dia jadi exco yang kena bercakap depan orang ramai. Habis tak keruan jadinya” lapor seorang pimpinan muslimat pada satu mesyuarat.

Satu demi satu komen tiba. Semuanya berbaur kecewa dan hampa. Apa yang tidak kena? Seolah-olah semboyan yang mahukan muslimat kehadapan itu hanya satu retorik kosong dan jenaka untuk mengenakan muslimat.

Benarkah begitu?

Sebenarnya muslimat perlu kehadapan ini bukan kerana memenuhi tuntutan KEMAHUAN muslimin. Tetapi kerana memenuhi tuntutan KEPERLUAN agama. Perkara ini harus jelas.

Hari ini kita dapat melihat banyak gejala sosial. Sebut sahajalah di mana sahaja. Dari ceruk ladang ke tengah kota, dari sekolah tadika ke menara gading, dari dinding kayu ke dinding kaca, semua manusia yang ada di tempat itu dicemari dengan gejala sosial yang kritikal.

Sebutlah negeri mana lagi yang tidak kedengaran suara tangisan bayi yang dibuang hidup-hidup, Negara mana lagi yang wujud tanpa adanya anak gadis mana yang hilang daranya tanpa jalan pernikahan. Semua jenayah ini wujud kerana pengeksploitasian terhadap muslimat.

Lalu, kita perlu bendung semua ini. Namun, suara muslimin sahaja tidak mencukupi bahkan kadangkala kedengaran sayup di telinga mad’u muslimat. Muslimat mahukan muslimat. Mereka perlukan woman touch. Mereka mahu melihat ikon untuk dicontohi. Mereka mahukan muslimat sejati yang membimbing mereka.

Persoalannya, siapa yang sanggup? Artis-artis wanita dengan segera berlumba-lumba mengangkat tangan.

Eh, itukah ikon yang perlu kita ketengahkan?

Dengan pakaian yang tidak cukup kainnya, bertukar-tukar pasangan sewenang-wenangnya, berpelukan dengan bukan muhrim dalam sesi fotografi tanpa segan silu. Adakah semua ini yang perlu gadis remaja kita contohi??

Sudah tentu jawapannya tidak!

Kita perlu datangkan alternative. Muslimat yang menghayati Islam dengan baik perlu menjadi ikon. Mereka perlu diketengahkan. Mereka perlu ditonjolkan . Ianya satu keperluan dan bukan lagi satu kemahuan!

Tapi, ada satu tembok besar yang perlu dipecahkan: Malu tidak bertempat! Malu untuk bersuara di hadapan kerana takut diejek oleh rakan-rakan terutamanya oleh golongan Adam. Malu untuk memberikan tazkirah kerana takut nampak tidak bersedia dan cetek ilmu.

Aduhai muslimatku sayang, perasaan malu itu perlu ada namun biarlah kena pada tempatnya.

Ana puji muslimat di UTP yang menganggotai HELWI yang diketuai presidennya, Nur Saadiah Mohd Yusof. Banyak pembaharuan yang mereka buat untuk menjadikan muslimat ini berani tampil kehadapan.

Antara program-program segar yang meraka anjurkan, street soccer, female utp icon (pertandingan nyanyian muslimat sahaja) , bengkel kecantikan, forum secret makes a woman women, dan bakal menjelma minggu hadapan, Ladies Night.

Semangat waja saf pimpinan HELWI yang baru ditubuhkan pada tahun ini wajar dipuji dan dijadikan ikon oleh seluruh muslimat di UTP khususnya. Langkah mereka pantas. Terkehadapan dalam membela isu muslimat samada bersifat nasional mahupun international seperti isu Palestin.

Rupa-rupanya, di UM juga begitu. Baru-baru ini ana menghadiri Simposium Perdana Mahasiswa selama dua hari. Program besar bertaraf nasional wajar dipuji kerana berani mengketengahkan wanita-wanita Islam untuk menjadi Ikon. Khabarnya sahabat lama ana di KISAS dahulu, Wan Zahidah adalah pengerusi HELWI disitu.


Antara yang menarik minat ana ialah,

Perasminya Nurul Izzah Anwar Ibrahim. Seoarang wanita.

Pengacara majlisnya juga seorang wanita.

Penjaga multimedianya dua orang wanita.

Bahkan, fotographernya juga seoarang wanita.

Tahniah HELWI UTP dan UM. Ana dengar juga bahawa sahabat-sahabat IPTA di zon lembah Klang seperti UKM,UPM,UTM,UiA, UNITEN,MMU dan lain-lain turut mengorak langkah untuk mengencangkan lagi kepakan sayap kiri muslimat mereka. Mudah-mudahan hasrat ini dipermudahkan Allah.

Kepada muslimin, muslimat telah pun mengorak langkah yang baik untuk memenuhi tuntutan. Mengapa memilih untuk terus menjadi penyindir dan pengutuk tidak berbayar. Marilah berikan sokongan dan nasihat yang berhikmah kepada muslimah-muslimah ini. Satu persoalan, mereka ada sahamnya bila kehadapan, anda pula bagaimana??

Mohd Hakim

Presiden Rakan Masjid UTP

1.00 pagi

1 MAC 2009

No comments: