Friday, April 10, 2009

KALAM MAJLIS TERTINGGI RAKAN MASJID UTP 2






















KALAM MAJLIS TERTINGGI RAKAN MASJID UTP
AL - AKH MUHAMMAD ZA’IM BIN KAMARRULZAMAN

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dunia diburan merupakan satu yang amat indah. Ini pendapat karyawan hiburan mahupun para pencinta seni hiburan di dunia ini. Hiburan merupakan sesuatu yang melalaikan malah menjijikkan. Ini pula pendapat bagi orang yang tegas dalam pendirian terhadap isi hiburan yang rata-rata dikatakan melalaikan manusia. Hiburan ini perlu kawalan. Berhiburlah selagi kita tidak lupa dan lalai kepada Allah SWT. Ini pula pendapat dari seorang sahabat yang saya kenal.

Jadi, di antara ketiga-tiga penyataan di atas, rata-rata ramai pelajar UTP keliru, hiburan yang bagaimanakah yang dibenarkan di dalam Islam? Mari kita sama-sama perhatikan hadis Nabi Muhammad SAW di bawah :
“Daripada Aisyah r.a., pada suatu hari dalam acara perkahwinan, Aisyah menghantar seorang wanita untuk bersanding dengan lelaki kaum Ansar. Rasulullah bersabda, “Apakah kamu tidak ada muzik?” Kerana orang Ansar sangat mengkagumi muzik” (Riwayat Bukhari)

Setiap manusia memiliki adat dan tradisi masing-masing dalam menggambarkan kegembiraan. Tetapi tidak semua tradisi itu diakui oleh syara’ kerana wujudnya unsur-unsur yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah seperti wujudnya unsur syirik dan melalaikan
Islam, sebagaimana yang kita ketahui merupakan agama fitrah yang tidak menghalang sesuatu yang dipersetujui dan tetap menjaga kelestariannya. Akan tetapi tradisi harus dihapuskan apabila bertentangan dengan ajaran Islam. Walaupun matlamatnya halal, ianya tidak menghalalkan cara yang haram untuk mencapai matlamat tersebut.
Rasulullah SAW diutuskan di kalangan bangsa Arab yang penuh dengan adat dan tradisi nenek moyang mereka. Banyak sekali adat dan tradisi yang tetap diakui Nabi, seperti keberanian mereka dan memuliakan tetamu, membantu orang teraniaya dan lain-lain. Dalam menghapus tradisi yang tidak baik yang telah melekat dalam jiwa mereka, Rasulullah melakukannya dengan hikmah dan nasihat yang baik. Rasulullah juga memberi petunjuk kepada adab Islami yang tidak akan membuat mereka rugi dan terhina, bahkan mendapat manfaat dan keuntungan yang besar.

Atas dasar itulah, kita harus menilai kembali setiap perkara yang kita lakukan di muka bumi ini dengan imbangan Iman dan Islam. Kebelakangan ini, kita menyaksikan lambakan ‘event’ di bumi UTP ini. Pelbagai persatuan dan kelab berusaha mengadakan ‘event’ yang terbaik dengan bertujuan untuk mencungkil bakat mahasiswa di samping menjadi medium untuk mahasiswa aktif di bidang bukan akademik. Di pihak Rakan Masjid, kami melihat perkembangan ini merupakan satu budaya yang sihat
untuk membuktikan mahasiswa UTP sudah mula merealisasikan misi UTP yang mahu melahirkan graduan yang serba boleh. Namun, pihak kami melahirkan kebimbangan terhadap penganjuran aktiviti berbentuk hiburan yang dalam skala makro sejak akhir-akhir ini. Persoalannya, adakah semua ‘event’ hiburan ini bertepatan dengan kehendak Islam?
Kami di Rakan Masjid sama sekali tidak pernah menolak ‘event’ berbentuk hiburan ini selagi mana penganjurannya berlandaskan lunas-lunas Islam. Atas dasar itu, kami menyeru kepada seluruh mahasiswa UTP yang terlibat dalam menganjurkan ataupun menyertai ‘event-event’ hiburan ini menilai kembali status ‘halal’ ‘event’ tersebut.

Justeru, kami menyeru untuk kita sama-sama berpegang kepada ijtihad tokoh ulama antarabangsa yang terkemuka, Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam memastikan ‘event’ yang dianjurkan selari dengan kehendak Islam. Antara ‘checklist’ yang perlu dipatuhi ialah :
1 ) Penyanyi – hendaklah menutup aurat dan bukan seorang wanita 2 ) Persembahan – terjaga dari segi akhlak dan perbuatan dan tiada penari wanita 3 ) Penonton – terpelihara daripada pencampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di samping menjaga akhlak dan perlakuan 4 ) Lagu atau Lirik – tidak menaikkan syahwat, tidak memuja manusia secara berlebihan

Sekali lagi kami menegaskan, di Pihak Rakan Masjid, kami sentiasa terbuka dan berlapang dada dalam penganjuran ‘event’ hiburan di UTP ini. Beradanya kami di UTP bukanlah untuk menghukum tetapi hanya sekadar ingin berkongsi apa yang kami tahu dengan kalian dan ingin sama-sama menyelamatkan diri kita dari azab Allah SWT. Jelasnya, pihak kami juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan ‘event’ hiburan seperti Malam Inspirasi Seni. Seandainya ‘checklist’ yang telah digariskan tadi dipatuhi, tiada masalah di pihak kami untuk menyokong dan menghadiri mana-mana ‘event’ hiburan yang dianjurkan di UTP ini.
Sudah cukup banyak peringatan yang telah Allah berikan kepada kita; isu bencana yang meratap bumi, isu kematian, isu Palestin, agar kita sama-sama menginsafi dan sedar kembali bahawa matlamat hidup kita di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT.

"Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu kebaikan apa yang telah Engkau ciptakan terhadap kebaikan itu"

Jumaat
10 April 2009
12.14 tengahari

Muhammad Za’im bin Kamarrulzaman,
Timbalan Presiden Rakan Masjid Sesi 2008/2009,
Universiti Teknologi PETRONAS
013 - 5014884
zaim.zaman@rakanmasjid.com

Thursday, April 9, 2009

'Wajah' Baru Malaysia ~ "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan"




Perdana menteri
- Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)